Friday 6 May 2011

Hebatnya Pemuda bermata biru..

Di sebuah kampung yang nun jauh terletak di selatan Yaman,terdapat seorang pemuda yang amat istimewa. Antara keistimewaannya :

>bermata biru.
>berambut merah.
>pundak lapang panjang.
>berpenampilan cukup tampan.
>kulitnya kemerah-merahan.
>pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendang.

Tetapi dia mengalami penyakit sopak yang sukar untuk diubati. Dia amat zuhud orangnya dan mempunyai seorang Ibu yang sudah uzur. Pernah pada satu ketika Ibunya menyatakan hasrat untuk melakukan Haji di Mekah. Bayangkanlah jarak perjalanan yang sangat jauh pada ketika itu.

Jangan dikatakan kapal terbang,keretapi pun tiada untuk pergi untuk menunaikan Haji pada waktu itu. Berbekalkan tenaga mudanya, dia tekad untuk membawa ibunya pergi menunaikan Haji.

Sedang duduk termenung memikirkan tentang keinginan Ibunya, tiba-tiba dia mendapat suatu ilham.

"Lebih baik aku membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu."terdetik di dalam hatinya.

Setelah dia membawa pulang lembu tersebut, Dia terus membina sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Setelah siap 'Tilal' tersebut dia tersenyum sendirian.

Pagi esoknya beliau telah mendukung lembu itu turun dari Tilal untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan dia tak waras.

"Apalah budak ni buat kehulur kehilir gendong lembu, xde keje ke ape?"kata mereka.

Pada mulanya, lembu yang hanya 20kg asalnya, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Pemuda tersebut pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.



Apabila tiba masanya untuk mengerjakan haji, dia membawa ibunya mengerjakan haji, dan rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Sekiranya lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Apabila pulang ke Yaman Ibunya bertanya, “Anakku, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?

Dia menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Dia menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini."

Dia berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala."

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa."”

Akhirnya Dia tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Dia lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Selepas daripada itu, Dia telah pergi ke Madinah untuk menemui sahabatnya Saidina Ali dan Saidina Umar.

Setelah sampai di kota madinah,dengan mengharungi perjalanan yang cukup panjang dia sampai di madinah dengan kusut masai dan amatlah selekeh.

Dia bertanya kepada penduduk disana, "Adakah diantara kalian mengenali Saidina Umar dan Saidina Ali?"sambil berdiri di tempat yang tinggi di kawasan pasar.

Mereka yang berada di situ amat pelik melihat gelagat pemuda tersebut lalu datanglah Saidina Umar dan Saidina Ali berjumpa dengan dia.

“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku." Dia berkata.

Saat itu barulah Saidina Umar dan Saidina Ali teringat akan pesanan Baginda SAW, “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.” (HR Muslim)

Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras. Tetapi, itulah hebatnya insan yang bernama Uwais al-Qarni biarpun dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal dalam kalangan para malaikat di langit.

mampukah kita berbakti seperti Uwais al-Qarni??
hebat seperti Uwais al-Qarni??

~sama-sama kita renungkan~

No comments:

Post a Comment