Saturday 7 May 2011

..::"ANTARA BALUT DAN SALUT"::..

Assalamualaikum...

Okeh ari ni,kita akan menceritakan tentang DUNIA FESYEN!!!!
hah,orang pmpuan suke sangatla tu kan bile dengar tajuk ni..
tgk da senyum2 kucing da tu..k, skrng nih agak2 kome la kan,fesyen ap la yang sedang panas skrang nih??
Ok orang pmpuan!!Ape tajuknye?cepat..
xtau??!kome ni biar betol??xpnah kuar umah ke?xpnah tgk tv??
Ape kat umah xde tv??kesian..
xpe2,kalo ditanya kat orang laki msti diorang tau coz GENDER jenis ADAM ni suke menganalisa,menscan dan juga menjelajah dunia internet ni(sebilangan je,xsume)..

Tajuk Dunia Fesyen Hari ini ialah: "TUDUNG & LEGGING,ADIK BERADIKKAH MEREKA?"

tp sebelum kita menjelajah dalam DUNIA FESYEN dengan lebih mendalam,mari kita tgk dlu iklan-iklan di bawah =)..

gambar2 di bawah terdapat unsur 18 tahun ke atas ckit..maaf2(utk muhasabah diri)!!





yang ni ekstrem ckit..

ha,sudah la tu xlarat nk ltk byk2 gmbr lagi..kome pon da boleh tgk kt dlm masyarakat sekarang ni..apalah nak jd agaknye?agaknye kefahaman tentang definisi menutup aurat masih lagi belum betul2 meresap dlm diri rakyat Malaysia..


Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam.

Memang menutup rambut itu tak wajib tapi yang wajibnye "MENUTUP AURAT"!!faham x?

Firman Allah SWT :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Abis tu kalau dah macam itu orang perempuan ni nak kena pakai apa bila keluar di khalayak umum??

Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka menlabuhkan JILBABnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Tapi JILBAB tu apa?

Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Dengan pengertian ni, adalah diwajibkan ke atas wanita mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu dilabuhkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.

Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lurah di dada.



Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa.

Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat.

lagi satu nak tanya tentang gambar nih n apa pandangan kome??tp jangan gelak n ketawa..


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
"Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]

Lastly jom kita tengok kartun bawah ni..

rasenye itu sajalah buat kali ini..sebarang komen dan bantahan ley la tulis kt bawah ni ye?

2 comments:

  1. thanks for the advise :)

    ReplyDelete
  2. lots of info thanks much moga kita sume diberikan hidayah Allah untuk menjadi hambaNya yg lebih beriman:)

    ReplyDelete